Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts
Assalammualaikum..
Al fatihah..
Terkedu. Terkejut.. Tak tahu nak kata macam mana.. Minggu lepas (8/9/15) kakak sedara PM msg. Minta bagitahu mak dgn abh, pakteh saya dah teruk. Dapat tahu kanser hati tahap 4 @ terakhir. Katanya hari selasa tu pakteh rebah. Sekali bawa check buat scan sume dapat tahu penyakitnya tu.
Masa tu terkejut juga saya. Terus call mak. Ye la, amanah orang kan. Nak nak soal hidup dan mati. Mak macam tak percaya. Katanya masa bulan puasa abh ada jumpa pakteh. Tapi tak nampak macam tengah sakit. Allah lindung pandang orang agaknya tentang sakitnya kan.
Dan ahad baru ni mak abh adik ppuan bongsu saya pergi ziarah. Mak cakap nampak teruk sangat pakteh tu. Kurus. (Orangnya berbadan berisi). Perutnya muncit. Baring je. Mak cakap boleh lagi bersembang. Cuma mengah mengah. Sebenarnya saya dah niat nak jumpa dia bila balik ipoh nanti. In shaa Allah minggu ni ke..
Nampaknya Allah lebih sayangkannya.. Tadi dapat tahu pun kebetulan terbaca kat wall fb. Mak lupa nak inform awal kat saya. Saya tergamam. Terkilan sangat. Sebab setiap kali pergi ke umah pakteh, mesti saya ikut. Yang buatkan saya betul betul terkilan..
Mak kata masa nak balik tu pakteh asik sebut sebut nama mimi.. Asik tanyakan saya.. Adik saya yang bongsu tu disangkakan mimi.. Allah.. Sebaknya rasa.. Saya tak sempat nak jumpa buat kali terakhir..
Saat taip entry ni pun mengalir airmata. Terasa serba salah dalam diri. Saya jauh. Sabtu ni baru nak gerak balik ipoh. Allah.. Moga pakteh ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman..
Assalamualaikum
buat sahabat setia disini..
Al-Fatihah.. 5tahun dah berlalu.. Sekejap je masa tu berlalu. 10 jun 2008- 10 jun 2013.
Arwah opah pergi dengan sekelip mata.
Ingat lagi kejadian tu. 5tahun seusia saya bertugas di koperasi ni. Masa tu 08 jun 2008. saya handle kan mesyuarat agung tahunan koperasi di hotel seri malaysia ipoh. bertugas macam biasa. sampai pukul 2 kut baru selesai. kemas-kemas semuanya la.
balik tu dalam pukul 2 lebih kut, ke pukul 3 petang macam tu mak telefon tanya ada kat mana. bila saya bagitahu baru sampai umah, mak tanya nak tengok opah ke tak, opah ada kat hospital. terkejut tu jangan cakap la. macam tak percaya. arwah opah saya duduk di ulu kinta je. kalau dari umah saya tak sampai 10 minit dah sampai.
seingat saya masa mak telefon tu, saya baru je buka tudung. then mak ada kat umah arwah opah sebab tunggu maklong. arwah opah saya tinggal sekali dengan maklong. masa tu saya macam orang kelam kabut pun ada. sebab tak percaya arwah opah masuk hospital. yela, setahu saya opah saya tu sihat je. cuma tahu-tahu je la kan orang tua yang dah masuk umur 80+ ni.
mak cakap arwah opah jatuh kat bilik air (jamban). bilik air tu kat belah luar. saya pun ingat-ingat lupa. time kejadian awal pagi subuh kut. katanya dah masuk balik tu la dia terjatuh. mungkin dah takdir Allah kan. arwah opah jatuh, pastu kena strok sekali kut. lepas je mak call tu, saya solat zohor dulu. kebetulan adik lelaki bawah saya tu kerja. adik sorang lagi ada. so cepat2 solat zohor,tak sempat nak mandi dah, drive laju2 pergi umah arwah opah dengan adik. pastu kitorng gerak sesama. pergi 2 kereta. masa tu macam2 dalam fikiran.
sampai hospital saya tengok arwah opah dah bergantung pada alat pernafasan tu je. then scan otak tu pula ada atas meja tu, saya tengok. then dorang kata ada darah beku. time tu saya dah tahan sebak dah. walaupun saya tak rapat dengan arwah opah, tapi dia pernah beberapa kali tinggal kat umah saya. then abah yang selalu jenguk umah opah.
saya tengok ada sedara mara dah sampai. tapi saya tak kenal sangat. sebab arwah opah ni keluarga merata-rata. keluarga besar juga la pada saya. time tu saya tengok semua ok je.. saya ni je duk tahan2 airmata. sekali tu saya keluar bilik. menitik airmata ni. saya tak mampu nak tahan. saya kat hospital sampai petang juga. opah tak sedar2 pun. pastu hari isnin tu kebetulan boss bagi cuti sebab hari ahd tu ada mesy. agung kan. isnin tu belah petang saya ke umah arwah opah. pihak hospital cakap nak hantar arwah opah balik.
saya ni jenis penakut sikit kalau tengok ambulans depan mata, pesakit yang ditolak atas katil tu..tak tahu la kenapa. masa pekerja hospital hantar tu, memang lalu depan saya je dorang tolak katil tu. rasa macam tak percaya ahli keluarga sendiri atas tu. opah tetap tak sedar. pastu nak dijadikan cerita, semasa hayat masih ada, dia suka sangat sebut nama pakcik saya yang tinggal kat k.lumpur. saya pun tak kenal. tak pernah jumpa. tak pernah kenal anak2 nya.
kejadian hari selasa tu saya ingat lagi sampai sekarang. pagi tu dalam pukul 8 camtu. ntah kenapa saya pun siap awal. kalau ikut kan dah nak pergi kerja ni. elok dapat call dari maklong. cemas semacam suara dia. abah tengah panaskan enjin kete. nak ke umah arwah opah. nak bawak karpet lama kalau tak silap. sebab umah kampung tahu2 je la, berlantaikan simen. nanti sejuk pula orang datang ziarah kan. elok je dapat call dari maklong, maklong cakap suruh abah datang cepat, opah dah nazak. terkejut punya pasal, saya menjerit kuat2 kat abah. tak pernah saya menjerit gelabah macam tu. dengan harapan dapat tengok opah lagi.
elok saya sampai, arwah opah dah takde. maklong saya cerita, arwah opah saya tetiba panggil nama anak dia, 'nordin'.. elok dia panggil terus dia pergi.. Ya Allah, Allah permudahkan pemergian arwah opah saya.
tadi kan saya ada cerita pasal semasa hayatnya arwah opah sebut2 nama anaknya yang di k.lumpur tu kan..saya pun tak pasti bila dia sampai. katanya hari isnin tgh2 malam. sebab hari selasa tu dorang dah ada. saya memang tak kenal. tapi airmuka pakcik saya & abh sama. so baru saya tahu. masa arwah opah panggil nama anak dia tu, pakcik saya ada sebelah dia.. kiranya dia pergi dengan tenang, walaupun dia tak jumpa masa hayatnya ada, tapi anaknya ada disini saat dia pergi..
Ya Allah.. bersyukur sangat sebab anak yang disebut2 ada. mungkin dia terlalu rindu kut. arwah opah ni anak dia ramai. 9 orng kut. tapi saya sendiri tak kenal sangat. saya cakap juga dengan mak saya, bila ada kematian atau perkahwinan baru dapat jumpa ahli keluarga. ternyata, semasa kematian saya kenal pakcik saya & familynya tu. anak-anaknya juga. umur saya 20tahun baru saya kenal sepupu saya. tu pun ada lagi yang tak balik.
betul-betul semuanya berlalu dengan pantas. 2hari arwah opah terlantar terus pergi. petang lepas asar dikebumikan. pukul 8 pagi dia meninggal. petang tu masa nak kebumikan, hujan sangat-sangat lebat. apa-apa pun, saya tetap ingat arwah opah saya walaupun tiada 1 pun gambarnya dalam simpanan saya..
Al fatihah..
nota : saat entry ni ditulis, airmata saya turut bergenang di kelopak mata..
PELAKON komedi
terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan
Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu
Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya
tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas
terakhir.
“Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa,” kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.
Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya.

Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan
kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa
tahun lalu.
Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.
Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Biodata:
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an.
Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.
Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005.
Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22.
AL-FATIHAH ~ selalu tengok cite p.ramlee

sumber : SINI
assalamualaikum..
tiada apa yang mampu diungkapkan.. moga adik adam syukri tenang disana..
tiada apa yang mampu diungkapkan.. moga adik adam syukri tenang disana..
salam takziah buat keluarga adik adam.. semoga ibu dah ayahnya redha demi anak tercinta..
sesungguhnya adik adam akan sentiasa menunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga.. adik adam akan balas jasa baik dan pengorbanan selama menjaganya..
Al-Fatihah.
assalamualaikum..
Selamat tengahari semua.. maaf sebab harini sy lambat online..lambat nak jejak balas ke blog awak semua.. maaf sangat-sangat ye.. bukan disengajakan..
pagi tadi dapat call dari my bff min maya, ibu kepada kawan sekelas kami (shuhadah) masa form 6 meninggal dunia.. mengejut sangat sebab minggu lepas, means 2,3 hari lepas baru buat kenduri kawin adik pada kawan kami tu..
tadi kami pergi la ziarah sekejap. itu je yang kami mampu buat.. tak dapat nak teman kan dia sampai ke tanah perkuburan, sebab sy pun kena minta pelepasan sekejap.
syuk, kuatkan hati ye.. sebab sekarang ni adik-adik awk memerlukan awak.. kuat lah demi mereka ya..
insyaAllah, awk boleh syuk.. semua ni dah tertulis oleh Allah..
Salam Takziah..
Al-Fatihah..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons