Berkraftangan Bersama ASMA-FELT-BOX!

Saturday 1 April 2017


Berkraftangan Bersama ASMA-FELT-BOX!

Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Hari cuti hujung minggu selalunya apa aktiviti kawan-kawan? Siapa diantara kawan-kawan saya ni suka berkraf? Suka ber D-I-Y? Kalau saya, saya sememangnya sangat-sangat cintakan KRAF. Kalau diberi masa yang banyak, suka sangat nak ber D-I-Y. Hasil kraf yang kita hasilkan ni sebenarnya nilai tingginya tau. Lagi lagi kalau kita buat sendiri untuk yang tersayang.. Betul tak?
Pagi ni saya nak share sedikit info mengenai satu online-shop yang menjual barangan untuk hasilkan kraf melalui felt. Kiranya kalau sesiapa yang sukakan projek D-I-Y ni, wajib sangatlah singgah sini.. Ehh, apa nama Online Shop tu? Haaaa, meh nak perkenalkan...


Meh kita cerita sedikit mengenai asma-felt-box.com ni eh...

Asma felt ni menjual pelbagai jenis barangan untuk kita D-I-Y la boleh dikatakannya. Antara barangan yang kita boleh dapati antaranya kain felt, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya laa..







Haaaaa, nampak tak? Nampak tak? Kalau cerita pasal butang ni janganlah cakap! Saya ni salah seorang yang suka sangat-sangat mengumpul butang. Sebab apa? Ya Allah, sebabnya comel-comel sangat. Sampaikan nak gunakan pun sayang!.. hihi



Tapi bila dah tengok di Asma-Felt-Box ni menjual pelbagai jenis butang, nampak gaya saya kena milikinya juga ni..




Digalakkan sangat kepada mereka yang menyukai bidang craft, suka nak D-I-Y sesuatu tu, dapatkan barang-barang tu dari sini. Sebab apa? Harga yang ditawarkan juga sangatlah berpatutan. Buat apa kita nak pening-peningkan kepala pusing 1 mall, semata-mata nak cari barangan ni kan? Sedangkan semuanya dah tersedia dihujung jari je. Yang penting sediakan duit je. Penat pun takde kan.. hehehe

Cukup masa, barang pun sampai. Haaaa, tak ke senang tu..



Gambar yang saya tunjukkan diatas ni nama dia Excited Pack atau Started Pack. Ehhh, kenapa panggil EXCITED PACK?? Haaaa, nanti kita share ye.. hehehe.
Pack ni sangatlah sesuai untuk mereka yang mempunyai anak perempuan yang baru nak berjinak-jinak hasilkan craft. Sangat berbaloi tau kalau beli set ni. Sebab apa? Nama pun started pack, so untuk permulaan kita mencubalah dulu dengan set pack ni.

Antara barangan yang terkandung dalam set itu ialah kain felt, butang-butang comel yang pelbagai, keychain, phone straps, bell chain, ehhhh, banyak lagi la yang macam korang nampak tu.. Siap dibekalkan dengan buku tu lagi tau..



Sebenarnya kan, Asma Felt ni bukan la setakat menyediakan barangan untuk menghasilkan kraf sahaja tau, tapi bagi kawan-kawan yang sukakan bidang jahitan pun boleh shopping barangan untuk jahitan disini juga. Sambil berkraf, sambil menjait, haaaa, elok sangat la tu nak shopping dalam 1 online shop yang sama.. betul tak?

Belum lagi habis berkongsi mengenai Asma Felt ni, suka juga untuk saya kongsikan disini, Asma Felt juga menyediakan pelbagai jenis Starter Kit rupanya.. Alamak, menariknyaaaa..


Budget Pack. Menarikkan? Set budget untuk permulaan pun ada. Bagi para ibu yang ada 3-4 orang anak perempuan, berminat dengan D-I-Y ni, apa kata hadiahkan mereka seorang satu set budget ni. And then boleh suruh mereka hasilkan kraf mengikut kreativiti mereka.

Sebenarnya bagus kita hadiahkan benda-benda macam ni untuk anak-anak kita. Sebabnya, kita juga dapat membantu mereka untuk meransang minda mereka untuk berfikir. Jadi, dari situ apabila mereka dapat menghasilkan sesuatu, kita pun ada rasa teruja kerana mereka pandai mengolah sesuatu melalui barang yang mereka miliki. Betul tak?


DIY Kit : Hair Clips. Ramai ibu-ibu diluar sana tu kreatifkan? Bagi yang memiliki anak perempuan, mesti suka d-i-y kan sesuatu untuk anak-anak kan? So, Diy Kit Hair Clips ni waji dimiliki tau..

Ya Allah, kalau nak cerita pasal Asma Felt Box ni, sampai ke petang membawa ke malam tak habis. Jadi, apa kata korang sendiri la survey online shop asma felt  ni.. Korang pun mesti teruja. Silap-silap yang tak pandai berkraf pun nak borong semuanya tau..

Dan satu lagi yang kita nak share pasal potage ni.. Tengok bawah ni ye...


Untuk pengeposan pula barang dipos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum

Pembayaran sebelom 12tghari, akan dipos hari yang sama..


Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Email :  asema84@gmail.com



Haaaaaaa.. Apa lagi.. silalah shopping cepat sebelum kehabisan stok.. ;)



Pssttt 

korang... nak tahu tak.. kita dah dapatkan sesuatu dari Asma Felt Box ni tauuuu.. Nak tahu apa dia? Wait yaaaa.. nanti kita share tau.. i is terujaaaa.. hehehe..





3 comments

  1. geram pulak tengok hasil daripada feltcraft ni kan

    ReplyDelete
  2. nanti share la idea felt craft mimie ekk :)

    ReplyDelete