Wishlist' Tahun 2017 yang ingin dimiliki dari Lazada !..

Monday 30 January 2017

'Wishlist' Tahun 2017 yang ingin dimiliki dari Lazada !..



Assalamualaikum.. Hai readers..

Bila dah masuk tahun baru ni, mesti ada 'wishlist' yang kita nak sangatkan? Cuma tak tahu la tercapai ke tidak nak memilikinya tu. Maklumlah, halangan tu pastinya ada je. Tapi dengan adanya Lazada, pasti impian kita untuk memiliki sesuatu tu, in shaa Allah akan tercapaikan? Maklumlah, Lazada kan pusat membeli belah dalam talian yang terbesar. Boleh rambang mata la dibuatnya. 


Haaa, sempena chinese new year ni juga, Lazada menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang menarik. Tak percaya? Cuba terjah. Ntah-ntah ada yang korang tershopping nanti. Kita pun ada juga yang berkenan. Tapi masuk dalam wishlist dulu la ye. Baru ni pun ddy zara dah tershopping satu barang dah. Hehe


Antara senarai pendek barangan yang saya inginkan ialah :


Verano | Tv Cabinet




Sejak tinggal di kauters di gemas ni, memang saya tak beli pun perabot untuk rumah. Sebabnya dalam rumah dah ada perabot yang disediakan. Cuma perabot tu biasa-biasa sahaja je la. Bukan ikut 'taste' kita. Bila memikirkan sekarang ni dah ada 2 orang budak kecik dalam rumah, rasanya wajib dapatkan Tv Cabinet ni. Bukan sebab nak cantikkan ruangtamu semata-mata, tetapi mengutamakan keselamatan anak-anak. Meja tv yang ada ni jenis terbuka. Segala wayar yang ada boleh nampak. So, kalau dapat tv cabinet yang tertutup macam ni, rasanya terselamat la sikit kan? Then mata pun sedap je memandang. Tak la asik tengok wayar yang keluar sana sini tu je.

Simple Home & Living Designer Table



Teringin nak ada meja kerja sendiri. Kata blogger, tentu ada je tugasan yang kita nak buat dengan blog kan? Bila nak menulis, kita perlukan tempat yang selesa. Kalau dapat tempat yang selesa, tentu-tentunya juga dapat menulis dengan tenang. Dapat lahirkan ilham-ilham yang bernas. Tak gitu? Hehe..
Agak-agaknya kan, dapat tak realisasikan impian ni ye.. 

Aiebao Quality Baby Hipseat Carrier



Mengenangkan sekarang dah ada anak 2 orang, so kalau pergi mana-mana perlukan pengawasan yang lebih kan? Rasanya untuk adik baby ni, carrier ni sangatlah diperlukan. Maklumlah, senang nak control si kakaknya nanti. Lagi satu, baby pun selesa je kan duduk dalam carrier. Takde la nanti drama lenguh tangan kena dukung anak. Hehe

Hesstar Wet & Dry Vacuum Cleaner




Rasanya semua rumah 'wajib' ada vacum kan? Tak kira la design mana pun, mesti kena ada. Kawen dah masuk 3tahun lebih, sebijik vacum pun takde lagi kat rumah. So, vacum pun termasuk la sekali dalam wishlist saya untuk tahun 2017 ni. Wajib milikinya dalam tahun ni jugak. Ada vacum, senang nak buat kerja-kerja kat rumah. Part yang paling senang celah-celah tempat sempit pun boleh dibersihkan. 

Samsung Galaxy J7 Prime




Teringin nak pakai telefon samsung sebijik. Yela, orang lain dah maju pakai brand yang Up-up, kita tak merasa lagi pakai. Telefon sedia ada ni memang ok lagi, tapi rasanya kalau dapat pakai samsung ni rasanya makin bersemangat kut nak update blog. Hehehe.. Lagi satu, macam nak kena gantikan fon lama yang dah rosak tu. So, harap-harap tercapai la impian saya ni. 

Wishlist yang diperuntukkan 5 barang sahaja. So untuk 5 barang ni nilainya Rm2,017. Ehhh, cantik mengena pula kan nilai barang dengan tahun 2017 ni. Hehe..

Moga moga ada la rezeki baby baru kita ni kan. Kalau ada rezeki tak kemana kan. 


3 comments

  1. Assalamualaikum mimie.. akak singgah hehe..
    In Shaa Allah, hope apa yg diidamkan tercapai.

    ReplyDelete
  2. Elok pulak nombor tu ya..
    Semoga Sya dapat 5 barang ni pada tahun ni.. ^^

    ReplyDelete