Resepi Kek Pelangi 3 Warna Yang Mudah

Thursday 28 July 2016

Resepi Kek Pelangi 3 Warna Yang Mudah


Assalamualaikum.. Hai..

Orang kata, bila datang kerajinan tu, buat apa pun menjadi kan? Kalau diizinkan Allah la.. Ni kerajinan yang terjadi masa hari selasa lepas. Teringin pula nak makan Kek Pelangi 3 Warna ni. Nak buat pun bahan nya simple. 5 barang je. Percaya tak? Okay, kita share lagi sekali resepinya kat sini ye, walaupun dah pernah share resepinya disini dulu.

bahan-bahannya :-

1 3/4 (satu tiga per empat) cawan planta (saya guna 1 1/2 (satu setengah) sahaja
1 1/2 (satu setengah) cawan gula halus
2 1/2 (dua setengah) cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
pewarna (saya guna merah & hijau)

cara-caranya :-

- pukul planta & gula halus sehingga kembang @ nampak putih sedikit
- masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau adunan
- masukkan tepung sehingga habis

bila adunan dah siap, bahagikan kepada 3 bahagian
merah, hijau dan original

masak dalam suhu 180 selama 1 jam @ sehingga betul-betul masak. 
(disebabkan oven saya masih baru, saya masak suhu 100 sahaja dengan menggunakan api atas bawah)
done!..

Letak bancuhan seketul-seketul macam ni je pun boleh. hihi
Letak bancuhan seketul-seketul macam ni je pun boleh. hihi

9 comments

  1. Sedapnya mimi... Tepung naik sendiri tu mimi Guna yg mana

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mimie. Sheila pun selalu buat seminggu sekali. Nice sharing.. cuba resepi yg ada letak tartar, lembut gila kek jadinya. Hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. waaa seminggu skli buat. rajin nya..
      utk bisnes ke tu.. :)

      Delete
  3. part paling best bila nak kacau2 kaler tu.. lepas tu nak letak dalam loyang corak2 kan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl.. kita buat 3 kaler je. sng. klau bnyk kaler syok nk kacau2 kaler tu.. hihi

      Delete
  4. menarik.
    aida ni suka makan kek marble gini.
    buat? x pernah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. sis aida kje..
      blik dh pnat kn. :)
      nk buat pun kna cri mood juga tu..

      Delete