Masak : Pengikat Kasih Sayang??

Tuesday 10 November 2015

Assalammualaikum.  Hai readers..

Dulu dulu.. Dulu la sebelum kawin.. Bab masak memang ZERO. Sekadar masak nasi, goreng goreng sayur boleh la. Goreng ikan pun fail. Asik la putus kepala. Haha.. Sekarang ni Alhamdulillah la.. Walaupun tak hebat macam chef, tapi boleh la buat suami naik berkilo.. :p



Dulu masa baru pindah, hari hari tipon mak tanya resepi. Actually dalam masa sama lepas rindu kat mak. Hehehehe.. Yela, dulu takde anak lagi. Banyak masa sendirian bila suami pergi kerja. Sekarang ni sekadar sempat WhatsApp je. Call pun ikut keadaan. Kadang nak call time zara mood ok.



Bila sembang sembang dengan ddy zara, selalu dia cakap, isteri pandai masak ni untung pun kat si isteri. Tentu tentu masakan tu la pengikat kasih sayang. Tak kan hari hari nak beli. Larat ke? Dah la sekarang zaman gst. Semua kena gst. Mampu? Sometimes ada juga ddy zara puji kata 'ayg masak sedaplah'.. Takde la nak kembang semangkuk pun bila kena puji tu, cuma rasa seronok je la suami makan masakan kita.

Sejujurnya, saya kalau dah masak, ddy zara tak makan mesti saya bebel. Haha.. Yela, dah masak takde sapa makan terus rasa down tau. Hehe.. Lagipun sayanglah kan. Dah masak, pastu tak nak makan. Kalau taknak makan, bagitahu, senang takyah masak. Padahal kena juga masak. Hehe..

Sekarang ni kadang jadi hobi pula, bila tengok hasil masakan dalam simpanan rasa macam 'Ya Allah.. Syukur sangat aku boleh masak buat suami, anak'.. Seronok tengok dorang makan. Actually bila simpan gambar masakan ni bukan la nak menunjuk 'ehh aku pandai masak kut'.. Tak ye.. Kalau saya simpan pastu up kat blog 1 je  yang saya suka 'lainnya hasil masakan dulu dengan sekarang'.. Haha..



Kalau dulu masak kari mungkin cair sikit. Sekarang dah tahu anggaran. Kiranya bila kita share tu, ada penambahbaikkanlah sebenarnya. Part paling kelakar terjumpa gambar masakan masa mula mula masak masa pindah gemas. Last last gelak sendiri. Haha.. Seram je rasa tengok gambar tu. Alhamdulillah.. Sekarang walaupun belum hebat macam chef, tapi ilmu masakan tu takde la kosong didada. Cewahh.. Haha.. :p

Yang penting ddy zara makan dengan selera. Sedap sila puji, tak sedap jangan komplen. Senyap senyap je. Haha.. :p

9 comments

  1. betul tu, bukan niat nak menunjuk atau minta orang puji pon.. semua orang rajin, dan dah tentu tentu nk buat yg terbaik utk family sendiri, kan. walaupon makan berdua..
    yg penting kepuasan bila dpt buat sendiri..

    suami ciksu pula, kalau sedap dia tak puji, tapi dia cakap, nti boleh buat lagi atau tambah apa2. jrg sgt kot nk dgr puji pujian. lg satu kalau sedap, makan bertambah, tu je.

    lagi satu, kan bila kita selalu ambil gambar ni, ini ciksu la ye.. bila tiap kali suami kata, x pernah masak lagi mcm ni spnjng kawin.. haaa siap la nanti tunjuk gambar lama sbgai bukti.. diam la nnti. kdng kdng bila dh byk sgt mkn menu hasil air tangan isteri, suami mana nk ingat, kita yg msk kita ingat la kan.. hikhikhik

    sorry pnjng pulak komen.. :)

    ReplyDelete
  2. Seronok bila tgk suami kata sedap mskn kita kan br tmbh smgt nak msk mcm2

    ReplyDelete
  3. btl tu sis..seronok tgk suami ni selre je mkan hasil masakan isteri.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..berkat sentiasa belajar dan minat untuk memasak..

    ReplyDelete
  5. kak, oleh kerana yana ni tak kawen lagi bila ayah tanya lauk tadi dah abis ke? senyum sampai telinga sebab ayah ni makan masakan yg biasa biasa je, bila masak lain sikit payah dia nak makan hehehe.

    perencah bismillah dan perencah kasih sayang , hasilnya sedap!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. mama husna pon pernah cita dya dulu memang arwah tok tak suruh masuk dapur pon.. asyk kakak2 dya je.. then bila dh kawen haru jugak laa.. slow2 mama cakap dya improve on that.. boleh je kak, yg penting rajin..:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. mesti best kan masak untuk family :D
    Lissa pun tak pandai masak kak.. baru mau belajar. hahha

    ReplyDelete
  8. kita serupa la. dulu tak pandai masak.
    tapi sebab kat suami & anak2, prektis tiap hari and masak apa pun menjadi alhamdulillah.
    anak2 aida da besar. diorang pemakan.
    masak adalah amat menjimatkan, mimie :)

    ReplyDelete