Bertukar kepada Celcom First

Saturday 4 July 2015

Assalamualaikum.. Hai..

Salam ramadhan buat semua. Actually harini nak review sikit pasal Celcom First. Ewahhh.. Baru pakai lebih kurang seminggu, terussss feeling2 review. Haha..



Semangat review sebab rasa best. Hope lepas review ni celcom jangan buat pasal dah la. Sebab i dah curang dengan maxis. Haha.. Sanggup okay tukar telco maxis ke celcom. Kalau celcom buat pasal, tak tahu nak curang dengan mana dah.. Mihmihmih

Okay.. Sebelum mengarut panjang, better ke arah tujuan ceritanya.. Sebenarnya saya tukar maxis ke celcom first ni bersebab. Before ni no saya ni maxis. Alhamdulillah.. Saya dapat kekalkan no ni. Hehe.. Malas la nak pakai bnyak no. So tukar telco aje la senang.

Lagipun no ni ramai yang dah tahu. Nak nak tuk urusan bisnes. So, senanglah kan kekalkan 1 nombor je. Actually pakai mobile data maxis tak 'BERBALOI' bagi saya. Mana nak berbaloi kalau topup rm30 tuk internet -untuk 30hari. 1GB free 1GB. Tapiiiii.. Yang free tu pukul 12tghmlm sampai 7pagi.

Gilaa nak berinternet tengahmalamBUTA. I kan ada anak kecik. So dah tentu kena tido on time. Cukup masa tuk tido, kena la tido. Bukan zaman bercinta nak tahan mata sampai pagi buta. Masa bercinta pun tengahmalam tido. Bukannya nak bercinta 24jam.

Setelah pikir masak masak, saya terpikir nak pakai celcom. Memula tu ingat nak beli no lain. Hehehe.. Pastu beli mobile data. Sebab ddy zara kata jimat. Sebab dia pakai celcom. Pastu saya buat status di fb, then kak +Maria Firdz  cadangkan pakai Celcom First. So, discuss sesikit pasal Celcom First ni, terus la esoknya pergi tanya.

Kat kedai pun tanya la sesikit apa yang patut. Kasi lagi paham. Alhamdulillah la dipermudahkan. Saya boleh kekalkan no yang ada. Bila kita kekalkan no yang ada, kita dapat balik bayaran Rm10 tau. If no lain kena bayar Rm40 kalau tak silap saya la yang saya ingat.

Dan sekarang dah pakai celcom first ni bahagiaaaaaa sangat. Sebab dalam rumah duduk ceruk mana pun ada line. Haha. Kalau maxis, sila laaaa jangan mimpi ye. Jenuh oiiii cari line. Dok angkat angkat tipon nak cari line 3G tu. Kalau tak kuar 3G, jenuh la segala gambar dok loading.

Sekarang ni nak buka ig pun bahagiaaa.. Haha.. Tapi kena beringat la.. Kalau asik ngadap IG je, cepat la internet habis. Setakat ni baru guna pun baru berapa mb. Tak silap ada baki lagi 2.5GB. Sangatttt jimatt..



Okay.. Mesti ada yang nak tahu nak pakai celcom first ni macam mana kan? Korang pergi je kedai celcom yang menawarkan celcom first. Nanti dorang akan registerkan no korang tu. If kekalkan no yang sama, korang akan diberi balik bayaran Rm10. Kalau celcom biasa nak tukar ke celcom first saya tak pasti pulak dapat bayaran ke tak. Kalau saya maxis ke celcom first dapat balik rm10. So, nak tahu dah boleh guna ke belum, korang kena tunggu segala pengesahan yang masuk melalui msg.

Macam saya register hari ahad. 28jun. Pukul 11.30pagi. Tapi saya boleh pakai hari isnin 29jun lebih kurang pukul 1.30ptg. Itupun selepas maxis saya dah takde signal. So saya tukar la sim celcom yang diberi.

Alhamdulillah, selesai masalah internet saya. Pakai Celcom First ni 3GB = Rm38 + 2.40(gst). Lupa pula.. Celcom First ni bil ye.  Bukan topup.  Baru Rm40.40. Kalau saya pakai maxis Rm30 untuk 1GB. Tapi selalunya x cukup. Dan mesti topup lagi. Huh! Pernah juga topup Rm30 sekali lagi. Now dah dapat save Rm20!

Saya dah bertukar ke celcom first. :)

8 comments

  1. yeay..
    jom jom hi hi ihi
    suka lettew dh selesai msalah tenet kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega ciksu dh selesai mslh internet ni wlpn bkn pkai wifi. Heee

      Delete
  2. Kenapa dapat bayaran RM10 tu ye? Saya buat hari tu tak dapat pulak yang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk kekalkn no ke cmne? Sy x thu nk kata cmne. Cuma katanya klau sy pkai no sama, just tukar tlco dia bg rm10.

      Delete
  3. saya dari turun temurun dok pakai maxis.. ada rasa macam kurang berbaloi.. tapi kami ni tak pakai pun dataplan.. nak try tanya2 jugak la.. kot ada plan yg boleh jimat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada no maxis. Yng tu mmng kekalkn. Kna stndby 2 no incase tetiba line mslh ke. Stkt ni clcom first ni berbaloi la bg sy..

      Delete
  4. suka ler tueeee....
    kzaza pun dah curang dgn maxis hehe.. tpi still ada no maxis. cumanya tenet guna digi. so far alhamdulillah. lupa dh plan apa hehe.

    ReplyDelete