Mencabar Sungguh!

Friday 5 December 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Saya balik ke gemas ni dah seminggu. So selama seminggu ni kena dah uruskan itu ini sendiri. Tanpa bantuan dari mak dah. Kalau kat ipoh takpe lagi. Boleh juga minta tolong kalau dah emergency. Duk kat gemas, tidak la ye. Hadap la sendirian.

Paling mencabar tang nak memasak. Baru tahu macam mana susah nak handle keadaan bila time tu patut masak, time tu anak nak bermanja. Huaaaaaaaa.. rasa betul betul mencabar. Nak nak pula suami kerja. So kena juga la jadi superwomen kalau keadaan dah darurat.

Macam harini, adik cakap nak singgah makan sebelum solat jumaat. Kebetulan dia ada operasi kat sini. Tak kan nak cakap tak boleh datang pula kan? Dia bagitahu hari ahad lepas. So on je la. Kata la boleh. Pastu start hari isnin Zahra meragam!.. Susah sesangat nak tido siang!.. Masa kat ipoh kerjanya tido je. Sekali sesi tidonya sampai 4jam. Memang boleh la nak buat itu ini.



Hari selasa saya makan nasi pukul 8malam okeh, 8malam. 1hari tu dia meragam. Nak bermanja je. Tak kan nak mara dia pula kan. Bukannya dia tahu apa-apa pun. Last last lepas makan saya lembik terus tido. Masa tu Zahra saya dah tido kan dah. Masuk hari rabu sampai khamis, susah dia nak tido. Rasa naik give up pun ada sebenarnya.

Last last harini saya tidokan Zahra waktu pagi macam selalu, cecepat ke dapur. Menu pertama kari ayam. Even senang, tapi kalau nak kejarkan anak sama boleh jadi 3jam memasak tuk 1 lauk yang senang tu, kan? Settle masak kari, cecepat siapkan bahan tuk goreng sayur. Betul betul dapat siapkan bahan je. Sekali Zahra bangun nak merap. Layankan sampai kat kul 12tengahari.

Settle tidokan dia, terus ke dapur sambung masak. Sekarang ni nak memasak kena dari awal pagi. Terpaksa. Dah tak boleh lenggah masa. Kalau tak….. tak makan la jawabnya. Alhamdulillah harini Zahra mau tido siang. Jadi dapat juga goreng mee petang tadi. Fuhhhh, bonus tu dapat buat benda lain. Suruh suami tengokkan Zahra walaupun dia tido.

Bagi saya setakat ni yang memcabar bab masak la. Sebab masak ni kena tumpuan,kan? Kang salah step ke salah bahan ke, ntah apa jadi. Lagi 1 bab mandi. Haaaaa, yang ni pun mencabar. Harini pukul 2petang baru dapat mandi okeh. Sabar je la.. kalau orang kata letak la kain ke baju kita kat sebelah anak kalau kita nak bangun buat kerja supaya anak tak terjaga kan.. saya dah try.. tak jalan juga. Zahra ni dia bukan setakat nak bau kita je. Tapi dia nak rasa tubuh kita sekali. Penangan Zahra sampai camtu sekali. Kadang subuh kita bangun elok je dia lena. Letak bantal ke selimutkan dia ke, tup-tup kita bangun slow-slow, dia pun elok je jaga. Haaaaaa.. nampak tak hebat tak hebat Zahra ni.. dia boleh cam mama dia ada ke tak kat sebelah..

Sungguh sungguh mencabar kehidupan baru ni.. bertuah siapa dapat handle dengan mudah. Tabik laaa..


9 comments

  1. Mmg mencabar mimie kalau ada baby...akak dah rasa...semuanya perlu pantas...
    adik mimie ops berapa lama kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak.. Akk dh rasa.. Sy baru tempuh semua ni.. Kdng buat sepantas blh, tetap xsmpat siap.
      Sebulan kak. Smpai 31hb ni.

      Delete
  2. mimi sama la apa yg kita lalui...mula2 mmg rasa sgt letih...ye la dulu sensorang..tetiba dah ada baby...tapi insyallah percayalah...benda ni kita boleh handle..sebb kita terbiasa...saya sekarang sampai bila ank tido patut amik kesempatan berehat sama...tapi x boleh nak cari juga kerja nk buat...padahal dulu pntang ada masa....tido jela kejanya

    ReplyDelete
  3. dila kalau masak ada baby dila masak ala kadar je..menu simple cpt siap..hehe..pasang pgar kt dapur baby xkacau.alhamdulillah baby snyap stakat ni..kalau dia bosan dila bwk dukung g dpur smbil masak syur.sronok dia tgk.hehe...kalau grg ikan jgn bwk,nnti kna mnyak..huhu

    ReplyDelete
  4. Hehe...cik mah mmg zohor br mandi...masa tu letak azwa dlm walker atau rocker bg die dgr zikir kat astro oasis..so berkejaranlah umminya mandi...masak tu mmg pagi2...setakat ni azwa tdo pagi...mimi kena siapkan bhn2 mcm bwng ..sambal semua tu dah siap blender..so bila nk pkai dah jimat masa...cik mah wat semua tu seminggu skali masa abah die ada..so..masa tu siapkan sambal..ikan bilis dah kopek...bwng dah blender...jimat masa..trylah ek..

    ReplyDelete
  5. betul tu mimie.
    mcm ciksu, bgun sblm subuh sdiakan semuanya sesiap.mandi, masak n makan sesiap.

    bila anak jaga just layan kan dia ja..
    bila bby tido semula slpas mndi.dh boleh buat bnda lain pulak..

    anak ciksu bau blh tahan kot , yg pnting dia nk dgr suara. klau time mandi, kebetulan bby jaga.. mmg sambil mandi sambil panggil nama dia. tak pon pasang radio atau surah2 ngaji..diam la kejap..

    mmg kena pantas kan :)

    ReplyDelete
  6. Hihi...ibu muda eh..hihi..chaiyok dik...kalau akak.nie..dah jenis slow memasak..nampak gayanya memang tak makan lah jawabnya

    ReplyDelete
  7. Biasa la tuh... Kdg xsmpat nk pikir bab makan bila perangai baik budi dia dtg..

    ReplyDelete
  8. Wah.. Nnt ayu pulak xlama lg.hehe

    ReplyDelete