3 Bulan Di Gemas

Sunday 6 July 2014

Assalamualaikum..

6 April – 6 Julai 2014. Genap 3bulan dah duduk dengan suami. Duduk kat kem gemas ni.

Orang selalu tanya, gemas tu kat mana. Kat Melaka eh.. kat johor eh.. ehh, salah tau.. gemas ni sebenarnya kat negeri Sembilan. Orang salah paham mungkin sebab jarang dengar.

Actually gemas ni bagi saya penghujung negeri Sembilan. Sebabnya langkah je sikit dah masuk sempadan johor. Kalau saya nak balik segamat tu dekat la sikit. Dalam 45minit macam tu berbanding kalau nak ke Melaka.

Kalau nak ke Melaka ambik masa lebih kurang 2jam camtu. Paling cepat pun sejam lebih. Tu pun kalau jalan tak jem. Kalau jalan jem 2jam la perjalanan.

So, jangan salah paham tau.. hehe.. ramai juga kawan-kawan saya yang terkeliru. Ada tu tanya, syok ke duk Melaka.. haaaa? Melaka? Sapa duk Melaka. Haha
Ada kawan lain pula tanya, macam mana dok johor, best ke?? Haaa, johor? Siapa dok johor.. haha..

Saya paham.. orang memang akan terkeliru.. hehe.. biasalah, gemas ni orang kurang tahu sikit. Selama duduk kat dalam kem ni, ok je la bagi saya. Follow je la kehidupan kat sini. Kat sini saya tinggal di kaurters. Tingkat 4 pula tu. Fuhh, sampai 1 tahap sekarang ni saya dah jarang nak turun. Penat. Tak sanggup nak turun naik. En.suami je la yang take over kalau ada benda nak kena cari.

Apa yang best duduk kat sini? Erm..sini sebenarnya hanya ada pekan kecik je. Sobbb.. kalau teringin nak pergi tesco ke, jusco ke, sila la menapak ke Melaka ye.. kat gomeh ni hanya ada pasaraya TF aje depan ni ha.. nasib la ada. Kalau tak, tak tau la nak beli barang dapur kat mana. Maybe kena turun segamat la kut.

Kalau nak ke bank CIMB pun kena turun segamat. Kat gomeh ni maybank, public bank, bsn adalah.. kiranya kemudahan kat sini tak lengkap mana la pun. Mana yang ada, ada la.. kalau takde, tetap takde juga..

Nasib nak cari cool blog ada dalam pasaraya TF ni. haha!.. mcm KFC ke, Pizza ke, masih ada la kat gemas ni.. kira ok la tu kan? Erm.. bab jiran kat sini pula, masa saya masuk umah haritu jiran belah kanan ada. Tapi 1 ramadhan haritu dorang dah pindah. Dalam kem ni juga. Sampai ke sudah saya tak kenal jiran saya tu.

Kiranya wife jiran saya tu la. Suaminya dengan suami saya kenal la juga. Dan sekarang dah kosong umah sebelah ni. pastu masa saya balik cuti ke ipoh, umah depan saya ni pun dah ada orang baru masuk. Tapi yang sedih sampai ke sudah saya tak kenal jiran depan ni lagi.

Bertabah aje la ye. Tak tahu macam mana nak bertegur sapa pun. Sebabnya masing-masing pun tutup pintu. Saya pun dah sememangnya la tutup pintu. Tak kan nak biar buka pula kan? Tapi berbeza sungguh la kan duduk di kawasan taman dengan tinggal di kawasan kaurters ni..

Kalau jiran-jiran tingkat bawah pun jangan dikata la.. memang tak kenal. Kadang susah juga kan bila kita tak kenal jiran ni? kut-kut ada emergency, susah nak minta tolong. Betul tak?

Erm.. apalagi ehh nak share?? Nanti kalau ada story lain, saya share ye.. ni la antara 3bulan pengalaman saya duduk kat kem gomeh ni.. J
Tetap bersyukur walaupun kemudahan kat sini tak berapa lengkap macam saya duduk kat ipoh.. Yang penting duduk dengan suami. Yang penting dapat tengok en.suami happy.. tu je yang saya harapkan..

*Suasana suatu pagi disini*



16 comments

  1. yang pnting suami sentiasa ada disisi..:)

    ReplyDelete
  2. mimie, masak pa pe
    pastu pi la hantaq kat jiran sebelah.ni la msanya nk kenal jiran.in shaa Allah.lama lama mesra la nti. ni la cara ciksu..

    ReplyDelete
  3. Kesiannye dia..gomeh tu pekan kecik..klu nak berjalan shoping sakan meh la dtg bahau..x jauh dr gemas...mcm2 ade bowling, wayang, mall..insyaAllah terbaik kat sini..jemput la dtg

    ReplyDelete
  4. alaaa.. duk kuarters gitu la kan yunk. jijah duk kat sabah ni umah tgkat 2 pon malas nak turun.. pastu sebelah2 umah pon xkenal..masing2 tutup pintu. so buat hal sendiri lah..

    ReplyDelete
  5. dekat tempat miza ni pun bukan cukup semua pun..the store je paling besar kot..hahaa
    yang paling penting dapat tinggal kat suami ^_^

    ReplyDelete
  6. sbb tuh suami akak tak suka duduk kuarters mimie...dia beli rumah kt kwsn perumahan luar..alhamdulillah akak knal jiran jiran...cume de jiran bru pi dah sblh rumah nih smp kesudah akak xknl sbb akak kerja,wife jiran bru duk dlm umah aje..

    ReplyDelete
  7. Duduk bersama suka kan. Tapi jika terpaksa PJJ kena cari jalan untuk bersama. Cantik gambar waktu pagi kat sana akak.

    ReplyDelete
  8. Betul tu mimie..bila disisi suami..mesti happy je..

    ReplyDelete
  9. kire mcm kat tmpt saye keje jgk la.. kat setiu, terengganu.. lg terok dr gemas.. hihi.. bertabah jela..

    ReplyDelete
  10. lain kan suasana masa duduk dgn parents & adik beradik dgn suasana duduk dgn suami..
    semoga mimie dpt membiasakan diri lah yer.. best tau duduk dgn suami.. boleh manja2 :D

    ReplyDelete
  11. susah jugak tu kak mimi.. try laa kelui diorang hehehe..

    ReplyDelete
  12. Tak pe mimie..yg penting dekat dgn husband.. =D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum mimie, jangan sedih2 ye. nanti baby dah keluar, automatik kenal2 dah dengan jiran semua. macam situasi sheila. ahahha singgah menabung lazada untuk baby mimie ~~~

    ReplyDelete
  14. Yg penting..suami di sisi... Itu satu anugerah tu...

    ReplyDelete
  15. Pasal jiran tu, kalau dorang x mulakan elok rasanya Mimie yg mulakan tegur menegur atau cer bagi juadah berbuka ke ptg2. Lambat laun akan rapat la nanti ;)

    ReplyDelete
  16. jom join group facebook utk penduduk gemas,
    Nama group: Penduduk Gemas Negeri 9
    jom join jom....ajak kawan2 sekali..
    leh kenal2, tuka ridea n port lepak santai riadah...

    ReplyDelete