5 Hari Tanpa AIR !!

Wednesday 30 April 2014

Assalamualaikum.. selamat pagi semua..

Harini dah masuk 5 hari tempat saya takde air. Sobbbbss!!.. tak boleh nak buat apa bila keperluan ni takde kan? Takde letrik kalau sejam 2 mungkin boleh bertahan. Ni air yang sememangnya kita nak guna untuk pelbagai kegunaan takde. Agak-agak boleh hidup ke? Kalau tepi umah ada sungai okeh lagi kut.

Macam sebelum ni blok saya ngan 2 lagi blok yang takde air. Seronok je dengar orang lain takde masalah air. Pastu tadi en.suami balik dari PT pagi, dia cakap kat kem pun dah takde air. Umah orang lain pun air dah slow. Senang cerita dalam kem ni takde air. Tak tahu la air kat sini dicatu pula ke apa.

Macam sebelum ni en.suami akan ambik air ditingkat 2. Ada tong air disitu. Pagi tadi lepas solat subuh dia turun la ingat nak topup air yang ada sikit kat umah ni, tup-tup dia kata air kat tong tu dah xde. Tengok kat paip bawah pun air dah tak kuar.

Fuh cabaran!.. dah la duk kat tingkat 4, air xde. Sumber air pun xde. Last-last bincang ngan en.suami, kita cari umah kat luar la camni. Then my cousin cite, kawan dia before ni ada yang duk kat kawasan kaurters ni, dia cite air memang selalu takde. Haaa, hambek.

Kalau kita dok tadah air, simpan sampai bertong-tong, kalau masuk 5hari camni, air pun habis juga kan? Betul tak? Saya bukanlah tak boleh nak hidup susah sikit. Tapi kenapa mesti kita susahkan hidup kita?? Betul tak?

Saya paling tak sampai hati bila tengok en.suami asik kerja angkut air je. Balik umah je tak dan rehat dah kena ambik air. Saya memang tak dapat la nak tolong dalam keadaan diri yang macam ni. tak sanggup nak pertaruhkan diri. Ada masa je kena turun angkat air. Sekali angkut 2-3 kali untuk 2baldi. Kalau sehari saya tak tahu la berapa kali suami kena turun naik ambik air.

Tadi call mak. Bukan niat nak ngadu. Tapi saya tak tahan la macam ni. last-last cakap dengan mak nak balik segamat. Kampong saya. Nasib la tak jauh mana. Paling2 tidak pun sejam sampai la. Pastu dah call makcik juga bagitahu nak balik sana. Dorang ok je. Cuma kalau boleh saya tak nak susahkan sapa-sapa. Termasuk suami. Sian dia nanti terkejar-kejar nak pergi kerja. Tapi nak buat macam mana.

Buat masa ni kena berkorban la dulu kan. Saya pula naik fobia jap tengok keadaan macam ni. kalau la nak balik ipoh tu 15minit je, sanggup saya balik sana. Mak pun cakap balik la ipoh. Hahaa!..
So petang ni kalau xde halangan pape, maka berangat la kami suami isteri pindah balik kampong. Duk sini nak buat apa pun xleh. Nak masak takleh. Nak mandi pun kena jimat-jimat. Nak membasuh langsung tak dah. Dah nak masuk 2hari kain baju tak cuciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.!!

So nak balik sana harap-harap la dapat settle kan kerja tertangguh ni. biar la orang nak kata apa pun. Janji saya taknak tengok suami dok susah payah angkutkan air lagi.
Kita bukan x boleh hidup susah sikit. Tapi kenapa kita mesti susahkan hidup kita kan? Betul tak?



42 comments

  1. dugaan betul tengah2 mengandung tak ada air kan mimie..
    sabar ye dik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe kak.. memang menguji la.. otak ni asik dok fkir pasal air je..

      Delete
  2. payah kan bila air tak ada... mimie, jangan angkat air ok? biar hubby yang angkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmng x angkat dah kak.. x berani saya...

      Delete
  3. sabar lah dgn ujian Allah ni... doa byk2 supaya ada air balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng bersabar je skrng ni.. tu je yng mampu..

      Delete
  4. Bila takde air, banyak kerja yang tergendala..

    ReplyDelete
  5. Uhuhuhuh.....seksanya xde air..sy yg xde air sehari pun rasa seksa sgt apatah lg yg lama2 mcmnie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng seksa kak.. sehari pun dh xtahan.. ni kn pula berhari hari..

      Delete
  6. Replies
    1. haah.. sy duk di kem gmas.. duk sana jgk ke?

      Delete
    2. kg sy kat gemas... hehe.. tp sy skrg dok kL.. :D

      Delete
    3. oo.. yeke.. sy kmpung kt sgmat.. so x jauh mna pun kn.. :)

      Delete
  7. hmm.. lagi susah jadinya duk tingkat tinggi.. xde lift lagi.. penat berangkut air kan.. sabar ye mimie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah alise.. mmng teruji tau.. cuma kuat x kuat je nk berhadapan...

      Delete
  8. tak paa.. family paham punya.. :)

    ReplyDelete
  9. sukarnya kalau tak ada air kan..harap semuanya dipermudahkan urusan mimie

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng susah lya.. alhamdulillah.. wlpun susah masih bersabar lg..

      Delete
  10. Replies
    1. wslm... mmng sabar je la pun yng boleh.. :)

      Delete
  11. Ciannyer mimie...dah la umah tinggi....take care ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. adat duk umh kaurters.. dpt yng tnggi, gitu la.. insyaallah cik mah.. :)

      Delete
  12. Kasihannya. Harap-harap masalah ini dapat dengan segara di atasi.

    ReplyDelete
  13. Kesiannya, entah apa masalah dekat sana sampai selalu sangat tak ada air.

    ReplyDelete
  14. sabor je lah TT^TT aritu dekat kawasan Pendang, kedah ni pun samalah seminggu lebih air kejap ada kejap takdak.. yg stress bila air tadak time pagi2.. TT^TT malam2 kalau takde takpelah jugak.. adoi..

    habis pahala dapat dosa sbb ngata org yg tolong buat paip air TT^TT
    anyway harap2 cepat2lah air ada :)

    sori aritu tak perasan komen dekat giveaway yg segmen coklat sma2 XD
    hehe

    ReplyDelete
  15. kesiannye..payah tol klau xde air ni...

    ReplyDelete
  16. lamanya.sna pon kena catu jugak ke mimie?
    so, skrg ada kt segamat atau ipoh ni?

    ciksu lagi la 8 hari.
    pagi tadi baru ada air. ni pon tak harap sgt sbb blok lain xda air lgi..

    ReplyDelete
  17. pening kepala bila tiada air. rusing kepala nak mandi waktu pagi

    ReplyDelete
  18. takder air tu dah nak kena balik kampung macam tu.......hoho...sabar jer ler.....

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar,, susah takde air kan mimi.. sabo yea.. yg palign penting.. jangan mimi lak gi angkut air tu tau.. biar suami buat semua.. jaga kandungan tu..

    ReplyDelete
  20. susahkan bila xde air ni, doa bnyk2 mtk ada air balik
    mimi jgn dk join angkat air sekali tau

    ReplyDelete
  21. biar tak dak api dari xdak air kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. tp mcm mna pun 2-2 ni ttap pnting & kna ada..

      Delete
  22. bauu something la kak kat entry yg nie..
    (hidung scan sesuatu)

    ReplyDelete
  23. Air kalo xde memg sume kerja xmenjadi....nyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe kak.. klau sakit prut pun rasa xsenang hdup dibuatnya..

      Delete
  24. Akak kalau tak dak elektrik boleh tahan lagi..Tp jangan xdak air..semua kerja tak menjadi.. huhuhu..bertabahlah yer mimie..

    ReplyDelete