Berkorban

Tuesday 28 January 2014

Assalamualaikum. Selamat pagi..

Sekadar sebuah coretan dari saya. Sebagai sebuah perkongsian dari saya setelah berumahtangga. Gaya macam nak cerita kisah alam rumahtangga pula je kan. Hehehe.. sekadar nak berkongsi cerita je sebenarnya.

Dan buat adawiyah, akak tahu adawiyah mesti baca blog akak ni kan? So kat sini akak share la cerita akan buat adawiyah juga ye buat tatapan 1 hari nanti dimasa akan datang.. J

Alhamdulillah.. saya kini menjalani kehidupan alam rumahtangga yang sangat indah bagi diri saya. Walaupun saya dan suami masih PJJ, tapi tu semua bukan halangan buat kita kalau kita pandai untuk bahagiakan diri kita & pasangan kan? Selagi kita masih percaya antara satu sama lain, selagi kita jujur dengan pasangan, insyaAllah..

Hidup PJJ ni nak kata susah, buat masa ni saya tak la rasa susah sangat sangat. Sebab saya masih tinggal dengan family. If suami takde kalau saya nak kemana mana, masih boleh minta adik temankan. Tak pun mak akan temankan. Bergantung pada keadaan la.. Tapi kalau tinggal sendirian tu, mungkin susah juga la kalau masih tak biasa..

Cuma kadang-kadang tu susah juga kalau bila kita sangat-sangat memerlukan dia, dia tiada disisi. Susah sikit pun time tu la. Tapi kalau kita masih boleh handle sendiri, tak jadi masalah la kan. Ataupun kita boleh postpone perkara tu dulu, kita postpone je dulu.

Macam minggu ni sepatutnya my husband kena balik jumpa saya. Kami jumpa setiap 2minggu sekali dalam sebulan. If kat kem ada program, kadang sebulan sekali je dapat jumpa. Itupun bergantung pada keadaan. So minggu ni kami tak dapat la berjumpa. Mula-mula tu sedih juga. Sebab kami ada plan la sebenarnya.

Tapi sebab plan tu boleh postpone, so kita postpone je la bila jumpa nanti. Nasib baik la hujung minggu ni cuti raya cina kan. Kebetulan saya nak balik segamat sebab cousin tunang, then dapat la jumpa en.suami disana. Sebab kem dia dengan kampung saya dalam sejam camtu. Dekat je la..

Bila kita dah berstatus seorang isteri kepada seorang tentera, kadang-kadang kita kena belajar untuk berkorban. Tapi selalunya berkorban masa la. Macam saya kan PJJ. So berkorban masa kadang-kadang suami tak dapat balik nak jumpa. Memula tu rasa macam ‘alaaaa, napa tak dapat balik’?..

Tapi bila saya fikir balik dia ada tugas, maka biarlah dia jalankan tugas dia. Yela, kat sana kan ada macam-macam program. BAKAT, Hari keluarga, kena DUTY dsbg. Cuma buat masa ni saya belum berpeluang lagi la nak join itu ini sebab tak tinggal sekali.

Kadang ada sesetengah orang berkorban, kalau suami tak dapat balik, isteri akan jumpa suami. Macam saya bukan saya xnak jumpa suami if dia tak dapat balik. Tapi sebab dia masih tinggal di bilik bujang, ater saya nak tido mana nanti kan? Haha..

Dan buat masa ni dia pun tak pernah lagi bersuara kalau dia tak dapat balik saya wajib ke sana, so saya berkorban je la tunggu dia sampai ada cuti baru kami dapat jumpa.

Kadang-kadang bersyukur sangat. Masa sebelum kawin saya sering ditinggal-tinggalkan. Eh bukan la kena tinggal macam break off ke apa tau. Means en.suami kadang buat tak heran sebab bz kerja, jadi bila dah kawin ni, jadi dah biasa sikit la dengan keadaan tu. Dulu pun kami jarang jumpa, jadi bila dah berstatus husbnd & wife ni, xdapat jumpa pun takde la rasa nak mara beria ke apa.

Then buat kawan-kawan yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang berkerjaya sebagai seorang tentera, jangan la mara mara kalau si suami tu nanti susah nak luang masa kuar sana sini hujung minggu ye. Kalau korang takde keturunan or ahli keluarga ke sedara mara yang bertugas sebagai tentera ni kadang-kadang tak paham. Bukan saya nak buat cerita ye. Tapi ni pengalaman dari 2-3 orang yang cerita kat saya. Ada tu kawan saya sendiri. Siap kata menyesal kawan dengan tentera.. Tak baik tau. Jodoh tu datangnya dari Allah..

Then lagi 1, kalau kita bersuamikan tentera ‘Askar Melayu’, then renjer.. kena paham juga ye tugas dorang ni lagi la.. Keluar masuk hutan, Operasi itu ini. Operasi tu kadang makan masa 2-3 bulan dok dalam hutan tu. Memang kadang tu tak boleh nak contact-contact. Kepercayaan kena ada tau pada pasangan kita tu. Kalau pasangan jujur, tak kan dia nak buat ‘kerja lain’ belakang kita kan, kalau kita pun jujur dengan dia..

So, apa yang saya nak share kat sini, menjadi isteri kepada seorang tentera ni memang banyak perkara kena berkorban. So, sedikit sebanyak Allah beri kita kekuatan untuk tempuh hari akan datang. Tanpa kita sedar juga, bila kita sering ditinggal-tinggalkan oleh mereka kerana tugas, sebenarnya ia juga akan mematangkan kita. J




*rindu pula dengan adik yang masuk operasi 15 disember haritu. Mudah-mudahan akan balik engan selamat. InsyaAllah.

24 comments

  1. Mimi kira untung jugak, walau suami jauh, dapat duduk dengan family. Takde rasa sunyi sangat.

    Eka ni, duduk jauh dengan family, suami pun jauh. Memang kadang rasa macam sedih, tak kuat, kadang2 tengah makan, suap nasi pon boleh menangis teresak-esak. Tapi suami, mak dan keluarga selalu pesan, kena kuat semangat. Jadi, eka selalu kuat. Sekurang-kurangnya hujung minggu eka dapat jumpa suami,

    Kalau suami ada program U dia (suami sambung belajar lagi, kira keje sambil study) eka akan balik rumah mak ayah eka.

    Bila PJJ ni, mengajar eka untuk lebih berdikari,semangat dan kuat. Kalau demam ke, sakit pening ke, semua harung sendiri. Nak kemana-mana sendiri, kadang keluar dgn kawan2 opis. Balik keja, duduk rumah. Berehat2. Kadang suami dan mak call, risau eka kat sini. Tapi eka pesan, doalah yg baik2. Allah SWT jaga eka dekat sini.

    Walaupun jauh, tapi rasa selalu dekat di hati. Selalu berdoa, moga didekatkan satu hari nanti. Mohon dikurniakan anak agar ada pengubat kesunyian di hati. Teknologi pun banyak mendekatkan hubungan yang jauh. whatsapp lah hari2.

    Apa2 pun, kene ingat satu je. Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Allah SWT akan bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Think postive. InshaAllah. Allah swt sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  2. akak pun PJJ juga Mimie... ^_^ dan faham perasaan serta situasinya macam mana, cuma akak PJJ tak adalah jauh mana dekat jer...heee... *_^ wink

    ReplyDelete
  3. huhu actually hidup PJJ ni ada pro & contras.. kadang2 sweet gak hidup PJJ ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. solute laaa pasangan yg PJJ nie..akak nie bpisah dr koi 9 pg - 6 ptg rasa cam seminggu...sejam skali mesti SMS...walhal bkn jauh pon..hahaha...semoga mimie terus bertabah okeh..in sha allah, nnt mesti dpt berdekatan dgn shuben...akak doakan yg terbaik utk mimie & shuben..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mak, jenuh oo. Mak doa kami yg pjj ni dpt duk dekat nohhhhhh

      Delete
    2. Hehe.. Sama la kita nih... Dok dpn mata pun rindu gak.. Hehe.. Mcm belngkas je rasa... Mmg mimie tabah sbb tu diduga dgn pjj.. Xpe... Mimie mmg kuat kn... Sy dulu msa berkwn mmg pjj, lpas khwin dh x snggup nk pjj lagi...

      Delete
  5. kalau dah kahwin dengan askar melayu memang dorang selalu gi operasi....kena sentiasa berkorban waktu...bagi yg tak faham memang susah ler sikit.....adik mimi ops kat mana? anak akak dah selalu sangat gi ops....

    ReplyDelete
  6. kita pun bakal pjj juga..pasti akan merasa ispt yg mimie rasa skrg.

    ReplyDelete
  7. Fiza bekas anak tentera.. Fiza tahu mcm mana rasa anak berjauhan dengan abah.. tambah pula mak kita.. mmg salute sgt dgn wanita yg kawen dgn tentera.. bkn senang nak berjauhan.. ttp berkat cinta kasih dan sayang yg buatkan hati tetap bersama.. biar jauh di mata dekat di hati...

    ReplyDelete
  8. dalam perkahwinan memang perlu banyak berkorban..insya'allah kak.. :)

    ReplyDelete
  9. In Shaa Allah... abak tak kawin lagi,tapi dapat jdikan pngjaran..hihi...nice!!

    ReplyDelete
  10. tak kisah hubungan PJJ or dekat, yang penting sentiasa berhubung bersama pasangan sekurang2nya bertanya khabar :)

    ReplyDelete
  11. PJJ,Suami tentera,berkorban....senyum jela banyak2x..doakn utk yg terbaik jela kn mimie.hihi.pndai2xla bawak dri.moga sama2x trus tabah dan sabar ;)

    ReplyDelete
  12. ada byk lagi kerjaya yg menuntut suami isteri PJJ . Ada baiknya biasakan sebelum berkahwin lagi . jadi bila dah kahwin , tak heran aka dah terbiasa . maka mudahlah terima . yg ptg ada trust !

    ReplyDelete
  13. Sama la situasi kita mimi.. Sblm ni sara pjj dgn suami jumpa 2 mggu skli atau kdg tu seminggu skli. Alhamdulillah permohonan kuarters dh berjaya.. X lama lg kami tgl bersama.. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Bagus macam tu sis,stay positive dan yakin kepada Allah ..in syaa Allah,ada hikmah disebalik ni semua :D

    ReplyDelete
  15. Semoga 'pengorbanan' tersebut akan menerbitkan 'manisnya' nanti..
    InsyaAllah ada hikmah jika kita bersabar dan redha..
    berat dugaan PJJ ni apatah lg bersuamikan tentera, sebab adik MJ pun kawen dengan tentera, pernah kena tinggal 6 bulan masa tengah preggy..
    Alhamdulillah sekarang dah duduk sekali :)

    ReplyDelete
  16. Sedih jugak bercouple dengan askar nie. Selalu jark kesunyian. Tapi nak buat macam mana. Sapa soh bercouple dengan askar. Hahaha.

    ReplyDelete
  17. jadi isteri tentera mmg kena kuat..tp, mimi dh blh trima sblm kawen lg kan..so, lpas kawen pon insyaallah ok je..pikir positif je k..:)

    ReplyDelete
  18. btl tue mimie.. akak dpt rasa apa yg mimie rasa..tp bukan la husband akak yg tentera,,tp ayh akak tentera.. mmg keja dia kerap masuk hutan jer.. then kerap kena posting lagi.. mak akak mmg tak ikut la sebab susah nak bertukar tempat kerja.. mak akak nurse..so mmg kami dah boleh terima keadaan macam tue.. ..tp skrg dah lega la ayah dah bersara.. so dekat la ngn family..=D

    ReplyDelete
  19. hmmm,,apa yg mimie tulis mmg betul.. biarpun saya belum berkahwin lagi tapi saya sudah melalui pengalaman seperti yang mimie tulis... tambahan sekarang kami berjauhan,kiranya PJJ gitu... saya berada di sabah dia pula di kajang :) sampai saat ne saya sudah terbiasa kalau x b'jumpa mahupun b'contact... yang penting kejujuran... salam ukhwah...

    ReplyDelete
  20. betul..betul..betull..saya pun rasa apa yg mimie rasa.. cuma nya kami bnasib baik skt la sbb masih tinggal sebumbung. tp disebabkan husband tentera yg kena keje shift, susah dpt cuti, selalu berkursus yg amik masa berbulan, adakalanya tinggal sebumbung pun susah nk jumpa.huhuhu.. kdg2 sedihnya, tp alhamdulillah la masa zaman2 bcinta dulu, kami memang & susah nk bjumpa, xde la rasa "kejutan budaya" sgt.. >_<.. nak sambung membaca lagi..

    ReplyDelete