Tak S.E.G.A.N Ke ???

Saturday 27 July 2013

Assalamualaikum buat teman setia disini.

semalam orang perak kan cuti. cuti nuzul al-quran. pastu setelah dihitung-hitung harinya, kena juga keluar untuk cari baju raya sepasang dengan baju untuk nikah.

hoooyeeahh.. baju untuk nikah dah cari. cari kaler ni xde saiz dah. cari kaler tu pun xde saiz dah. last-last ambik warna putih cream. memula ingat nak warna biru ke camtu. bila xde ambik juga la warna tu.

ehh, panjang pula mukadimah. biasalah syamimi kan. mukadimah je bukan kemain. hehehe.

sebenarnya macam ni. semalam kan hari jumaat. pastu saya sampai tempat 'shopping' tu pun dah pukul 11 lebih camtu. niat nak keluar awal. kebetulan pula mak pada pakcik sebelah umah meninggal. so jenguk la jiran dulu.

pastu bila sampai tempat shopping tu, Ya Allah.. azab juga la kut nak cari tempat parking. penuh!. normal la, hari cuti kan.

tapi yang saya pelik 1 je. maaf lah buat kaum 'adam' yang singgah sini. takut ada yang terasa ke apa. korang tak segan ke pergi tempat shopping time orang tengah solat jumaat????



saya yang tengok pula rasa malu. kalau hari lain, tak kisah sangat. tapi sebab hari jumaat, ada solat jumaat, so rasa macam tertanya-tanya. sebab solat jumaat ni untuk kaum adam. padahal masjid besar kat sebelah tu je. bukan la sebelah betul. kena jalan sikit la. kalau jalan kaki pun sampai.

saya ada kat pasaraya tu dari pukul 11 lebih sampai 1 lebih. time orang tengah solat jumaat. time tu juga saya tengok kaum 'adam' berpusu-pusu dok teman wife, teman tunang, gf pergi beli baju.

apa salahnya singgah masjid tu sekejap. penuhkan saf untuk jemaah solat jumaat dari penuhkan shopping compleks tu tuk cari baju raya. tempat shopping tu kan buka sampai malam. tak pun pergi la hari sabtu ke, ahad ke, isnin ke, selasa ke..ehh, banyak lagi la hari boleh penuhkan tempat tu..

bukan saya nak mengata ke apa.. tapi sebab saya teringat cerita macam ni dari cikgu saya dulu. kenapa mesti pergi tempat shopping tu hari jumaat. pastu time orang tengah solat. tak rasa lain ke?boleh pergi hari jumaat, tapi biarlah time tu dah selesai solat.. tak gitu..

bukan la saya ni alim ke, baik sangat. tapi tak salah kan bersuara macam ni. sekadar meluahkan apa yang saya fikiran.. tadi pun ayah saya tak ikut. sebab katanya nanti nak pergi solat jumaat.

harap kaum adam yang ada, janganlah buat begitu ye.. buat kaum hawa-wife ke gf ke, kalau giler shopping pun, bagilah ruang buat kaum ada tu solat jumaat dulu. tak lari mana tempat shopping tu.. 

lagipun ramai kaum hawa suka tengok kaum adam berbaju melayu. baru nampak segak.tak gitu???

sekadar sebuah pandangan je dari saya..

35 comments

  1. betul2..segak je tngok..sejuk mata memandang..hee..=D

    ReplyDelete
  2. Yerr ... BigBoss kalau Jumaat mesti malas nak buat urusan lain, takut x sempat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak semua orang nak fkir begitu kan..

      Delete
  3. Sy pernah jugak perli diorang yg x g solat jumaat tu, tp tak tau lah diorang tu faham ke tak apa yg sy maksudkan. Tp laki kalau g shopping time solat jumaat nampak mcm janggal jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 janggal teena.. mmng lain macam la.kalau sebab bertugas xpelah kan..ni kat tmpat beli belah..

      Delete
  4. YE MIMIE.. KITA YANG HAWA NI YG SEGAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu alise.. segan sangat2 semalam..tp dorang selamber je..

      Delete
  5. ada juga yang macam tu ishh..

    ReplyDelete
  6. heheh,,
    naseb baek itu buka shark :)

    ReplyDelete
  7. xde perasaan kot! byak shopin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la kut kak..dorang kejar parking sebenarnya..

      Delete
  8. Comel gmbar kartun tu mcm shayee :P
    Aah, perempuan suka tgok laki pkai bju melayu..
    eiqa punn rasa malu kak kalau nmpak lelaki x pegi solat jumaat..
    Nak2x lg time tu dekat shopping mall..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela eiqa..akk pun sama.. lagipun solat jumaat bukan buat hari2 kan. then ambik masa pun lebih kurang 1 jam je. apa salahnya tinggalkan wife-gf tu kjap tuk solat..

      Delete
  9. hihi.. ada mimie orang cam itu..

    ReplyDelete
  10. Mimie, dah macam perkara normal akak tgk kat area tmpt keje akak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yeke kak.. macam kita jarang tgk..sebab hari jumaat jarang kuar..tp bila tengok haritu, alahai..malu pula rasanya..

      Delete
  11. hmmm..tawu takpe..takde sekelumit rasa malu pun..ish2..lagi satu, bini, tunang atau awek dy tu tak nasihatkan ke suami,tunang atau bf dy? pelik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mila..patutnya dorang rasa segan la kan..

      Delete
  12. hurmmm...zaman sekarang...yang itu xboleh buat calon suami...heee....

    ReplyDelete
  13. Hmm.. Zmn skrg... X kisah dh semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kita ni pula terfikir2 pasal perkara tu..

      Delete
  14. yer ler...kekadang nak jer sound dorang....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sound kang, peneman pula yang merah padam muka..hehe

      Delete
  15. hehehe...no komen...tapi,seeloknya pasangan kene tolak ansur untuk hari jumaat..heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya camtu la..tak pun belah petang kan ada.. :)

      Delete
  16. Kalau kt kl ni lg ramai yg gitu Mimie.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sy g KL, pastu dorang camtu, rasa macam pelik jap..hehe

      Delete
  17. Kadang2 kita yang segan tengok diorang selamba badak je tak pergi solat Jumaat =.="

    ReplyDelete