Kenduri Kahwin - Proses Persiapan

Monday 27 May 2013

Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..

harini kita update story kenduri yang kat johor ye.. kali ni lebih kepada entry bergambar.. eh, bukan kenduri saya tau.. tapi kenduri my cousin.. jangan silap.. :p
dan harini juga saya ambik cuti emergency.. hihihi.. penat sebab tak cukup tido + drive.

hari jumaat pagi saya, mak & adik ppuan bergerak balik johor. gerak dari ipoh dalam pukul 10 setengah camtu.. sampai johor dalam pukul 4 lebih kut. tak ingat sangat. nak kata jalan sesak sangat tak juga. cuma macam biasa la, kenderaan banyak ya amat sangat. maklumlah, dah start cuti sekolah pun iye juga kan.

dah sampai segamat singgah makan dulu. maklum la, kang dah sampai umah maunya tak sempat makan. singgah makan kat kipmart. sapa orang segamat or yang berdekatan mesti pernah pergi. makan kat sana tak berapa best. asalkan boleh telan. sebab perut pun dah lapar.

sampai umah tengok dah start masak-masak. khemah pun dah pasang. pelamin, meja makan berdamai pun dah siap. bestnya kenduri kat kampung. seronoknya lain. siap rewang lagi.. tak sama suasana nya bila kat bandar.


time ni my mum punya tugas kena masak daging masak hitam. untuk lauk pengantin.. so sampai je kampung, terus la operasi. me? duduk menyelit kat sebelah.. hihihihi..
cakap juga kat mak apa eh nak buat.. cara tanya tu macam bukan umah sendiri je.. ahaaaks!.. :p

tapi saya tak buat apa pun.. cuma orang suh tolong ambik tu, pergi la ambik, orang suh ambik ni, pergi la ambik. tu je la pun. masa dah sampai terasa juga la badan ni penat. so memang x buat apa la sangat. orang kampung kan rewang, jadi dorang dah settle kan sikit2 mana yang patut.


orang kuat dibelakang tabir tengah dalam proses masak-memasak. sebenarnya ramai. ntah napa time ni tak ramai. nyorok kut.. ;)

memandangkan saya takde kerja sangat, tengok line clear terus pergi mandi.. lepas mandi terus rasa nak tido.. letih kut. tapi apakan daya, orang lain sibuk buat kerja, tak kan kita nak tido kan. 

buat kerja sampai ke malam. kul 2 camtu baru tido. mini pelamin pun buat malam. paling hebat si pengantin. dia juga yang kena panjat memanjat pasang tirai mini pelamin tu. hebat sangat. cousin saya ppuan tau.

saya yang dah tak tentu arah ni dok tengok je la dorang buat kerja.. last-last tak tau nak buat apa, ngadap depan laptop.. hebat kan..haha.. nak online pun tak aman sebenarnya.. anak-anak buah pula menempek sekali.. last-last off..hihihi..

bagi saya ni first time saya tengok majlis kenduri - segala persiapan dalam family sendiri.. memang la saya ramai akak & abg sedara dah kawin. tapi time tu saya masih sekolah lagi. so tak terasa apa sangat. bila majlis cousin saya ni, sedikit sebanyak kita kena la ambik pengalaman kan.. 

baru terasa macam mana nanti kenduri sendiri kan. memang best walaupun teramat sangat busy. paling hebat pengantin la.. pakai inai pun malam lepas dah selesai semuanya.. harap-harap kenduri saya nanti dapat la buat awal.

ok la.. sat g saya sambung cerita akad nikah pula ye.. =)


19 comments

  1. Sama macam akak la Mimie..mak anak bongsu, jadi kami ni pun semua taktau nak buat apa..mak akak pun xbuat apa2 kalau ada kenduri..kakak2 dia suruh duduk je

    ReplyDelete
  2. ainim suju :
    -untung la gitu kan kak..hehe.. duk diam2 je..tp macam tak best pula tengok orang lain bertungkus lumus buat kerja..

    ReplyDelete
  3. ala.. mati2 ingat wedding prep cik mimie.. laju je anis tekan nak baca.. hehehe

    ReplyDelete
  4. anis suryanie :
    -hihihi.. insyaAllah lepas ni wedding preparation kita pula ye.. ;)

    ReplyDelete
  5. kakak x sabar nak tunggu time mimie... *_^

    ReplyDelete
  6. engatkan kenduri akak td....hikhikhik

    ReplyDelete
  7. syoknya rewang sama-sama...

    ReplyDelete
  8. terkejut saya ingat kenduri awak..baru nak wishes..muahahaha

    ReplyDelete
  9. hehehe.. mimie dok nyelit sebelah mak jek ek?

    ReplyDelete
  10. seronoknya nak kenduri...rasa meriah je....

    ReplyDelete
  11. farah waheda :
    -hihihi..sabar kak..tapi time tu bby akk dah membesar dalam tummy.. ;)

    puteri hanisah :
    -hihi..bukan.. ;)

    ratu hatiku :
    -syok sangat2.. :)

    secret of shaila :
    -hehehe..bukan shaila..knduri cousin.. ;)

    siti alfakhishah :
    -dok menyelit..nak ngelat dari buat kje..hahaha

    normi nieza :
    -insyaAllah.. dalam tahun ni juga kalau xde aral melintang nya.. :)

    diana :
    -meriah sekejap je.. ;)

    ReplyDelete
  12. penat rewng kat kenduri orang,sok orang plak rewang kat kenduri ko plak...tuh yang biasenya...n'way slamat me'rewang'...heheheh...

    ReplyDelete
  13. pheonix :
    -rewang ni best..paling best mcm2 gosip boleh dgr..haha

    ReplyDelete
  14. nanti jemput tau! nak kad sekali.. hehehe :) boleh dh anis letak cik mimie dlm bloglist b2b ni.. hehehe

    ReplyDelete
  15. anis suryanie :
    -okeh anis..boleh.. =)
    hehe..ok..nti kita letak juga ye.. =)

    ReplyDelete
  16. nanti mimie malam tu relax je.
    jgn tido lamabt nanti mata sembap semua ada.

    in shaa ALLAH kita yg buatkan..
    kita hnya merancang..

    ReplyDelete
  17. aip!!!! dia duduk jadi mandor eh?? hahaha!!!

    ReplyDelete
  18. qasehnyarania :
    -insyaAllah ciksu..kalau settle sume, blh la tdo awl.. =)

    cik didiey :
    -hehe..pakai katering didiey..so x bz mna..jd mandor je la.. :p

    ReplyDelete