Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun
kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang
dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000)
milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju
mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,”
katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di
Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.
Pelajar
tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu
disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd
Taat Kasran.
Amir Azizan berkata, kejadian
berlaku kira-kira jam 10 pagi awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya
berhampiran untuk membeli akhbar.
''Saya nampak seorang wanita
masuk ke dalam kereta manakala beg tangannya diletak diatas bumbung kereta.
''Saya percaya wanita berusia
30-an itu terlupa beg tangannya berada di atas bumbung kereta dan terus memandu
keluar dari kawasan berkenaan.'' katanya.
Menurutnya beg wanita itu
terjatuh sebaik kereta dipandunya bergerak dan dia mengambilnya sebelum memeriksa
kandungan beg berkenaan.
''Ada sampul surat mengandungi
wang tunai, pasport dan jam tangan dalam beg itu. Saya terus mengayuh basikal
mengejar kereta itu untuk mengembalikan beg tangan miliknya. Syukur saya
berjaya menahan wanita berkenaan ketika kenderaan itu berhenti di satu simpang
jalan.''katanya.
Baca selanjutnya di akhbar
harian metro. 28 feb 2013
Moral of the story : bagus adik
ni kan..jujur sangat-sangat.. mempunyai keperibadian yang tinggi.. tak semua
orang macam adik ni.. lagi-lagi kalau mereka lebih mementingkan diri sendiri.
silap-silap wanita tu tak jumpa dah beg & barang-barangnya.. lagi-lagi beg
tu mempunyai wang tunai yang banyak..
Dan peringatan juga bagi kaum
wanita yang membawa beg tangan ni.. jangan tertinggal kat mana-mana. Kalau
salah orang yang jumpa, memang menangis la tak jumpa dah beg tu..
jujur sungguh hati budak lelaki ni =)
ReplyDeletebaik nya hati budak ni , bertuah mak ayah dia :)
ReplyDeletetersentuh baca.. memang jujur adk ni. hnye allah yg membalas kebaikannya.
ReplyDeleteKalau orang lain tentu dah licin di kebas.. dekat dengan tepat keje wan ni.. Taman Soga.. Ehehehe banyak kenangan :)
ReplyDeletewaa..bgus2..ptt jd contoh kan..
ReplyDeletepsstt..lawa header..:)
bagusnya budak ni....mudah2an semua urusannya dipermudahkan...=D
ReplyDeleteSalam...bertuah dpt anak segini, mmg susah dh nk dpt org yg sejujur gini zaman2 skrg ni...
ReplyDeletesejuk perut ibu yg mengandungkan dia..
ReplyDeletemulianya hati budak ni..nk nangis bca :)
ReplyDeleteada baca tadi..baik sungguh hati budak ni kan :)
ReplyDeletesejuk perut mak dia mengandungkan die 9 bulan...
ReplyDeleteMasyaAllah..eloknya akhlak adik ni. Bukan semua orang macam ni..Memang sejuk perut ibunya mengandung.
ReplyDeleteYa Allah.. baiknyaa adik ni, semoga dia sentiasa diberkati Allah.. betul, byk pngjrn kt dpt, adik ni boleh jd role model :)
ReplyDeleteBaik ngan jujur sangat adik nii., mesti bangga mak bapak dia., =)
ReplyDeleteterharu dengan kejujuran budak ni
ReplyDeleteSusah nak cari budak sejujur ni. Hakikatnya itu yang sepatutnya kita lakukan bila terjumpa brg orang.
ReplyDeleteyes sangat jujur adik nie , sanggup dye gayuh basikal semata mata nak pulangkan , syabas adik
ReplyDeletebudak ni memang jujurkan. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia....
ReplyDelete